Khutbah Jumat: Muhasabah: Terhadap Solidaritas Ummat

Tuntutan perubahan pada hari ini bukan lagi sekadar perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, tetapi ianya adalah suatu tranformasi atau perubahan minda dan budaya hidup yang berteraskan ajaran Islam yang sebenar-benarnya.

Share :
Khutbah Jumat: Muhasabah: Terhadap Solidaritas Ummat
Berita

(Intisari Khutbah Jum’at, 23 Rabiul Awal 1446 H / 27 September 2024 M)

Oleh : Dr. KH. Yusnar Yusuf, MS, Ph,D (Ketua Dewan Pertimbangan Alwashliyah, Ketua MUI Bidang Kerukunan Ummat Beragama)


Jakarta, www.istiqlal.or.id - Sidang Jumat yang dirahmati Allah. Pada Jumat yang mulia ini, saya berpesan kepada sidang Jumat sekalian, marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Berharap kita semua memperoleh keberkatan, keredhaan dan perlindungan Allah di dunia dan di akhirat kelak. Khutbah Jumat hari ini bertajuk "Muhasabah: Terhadap Solidaritas Ummat".

Sidang Jumat yang dirahmati Allah.

Kita sudah berada di penghujung tahun 2024 masehi dan telah mengawali Tahun Baru Hijrah. Begitu cepatnya masa itu berlalu yang terntunya meninggalkan pelbagai peristiwa. Ada yang mengembirakan atau ada juga yang tidak menggembirakan. Bahkan negeri ini akan memperoleh Presiden baru yang memimpin Indonesia lima tahun ke depan.

Saat ini juga, kita masih berdepan dengan berbagai masalah sosial, ekonomi, budaya, kerukunan dan juga moraliti akhlak yang telah mengalami perubahan. Sehingga Indonesia yang berpunduduk 280 Jutaan ini sudah layak mengkempen pembangunan semula akhlak dan mental ummat. Sebuah kenyataan, bahwa setiap kali pergantian tahun, kita mengaktuialisasikan rasa syukur kepada Allah dengan berbagai cara.

Sebab, kedatangan perubahan tahun telah membawa begitu banyak perubahan kepada diri kita. Tetapi, bersamaan dengan itu persoalan besar yang timbul hari ini adalah melakukan Muhasabah terhadap diri kita masing-masing. Yang semuanya itu berdampak kepada komunitas kita bangsa dan negara yang kita banggakan ini.

Sudah sepatutnya, sesiapa yang ingin melakukan perubahan kepada kehidupan yang lebih baik, maka ia akan melakukan Muhasabah terhadap dirinya. Ia perlu menjadikan tuntutan iman dan takwa sebagai faktor pendorong agar ia menjadi orang yang berjaya dalam hidup ini. Sebagaimana firman Allah subhanahu wata'ala dalam Qur'an Surah at-Taubah ayat 20 :

اَلَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَهَاجَرُوْا وَجَاهَدُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ بِاَمْوَالِهِمْ وَاَنْفُسِهِمْۙ اَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللّٰهِ ۗوَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْفَاۤىِٕزُوْنَ

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka lebih agung derajatnya di hadapan Allah. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.

(QS. At-Taubah [9]:20)

Muslimin yang dirahmati Allah. Perpindahan Rasul dari Mekah ke Madinah menjadi salah satu langkah yang amat strategik dalam memperluas syiar Islam. Ternyata, hijrah yang bersandarkan keimanan dan ketakwaan yang padu telah berjaya mengubah lanskap pegangan akidah, amal ibadah, akhlak, sosial dan ketamadunan serta masa depan ummat.

Firman Allah subhanahu wata'ala dalam surah an-Nisa’ ayat 100 :

۞ وَمَنْ يُّهَاجِرْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ يَجِدْ فِى الْاَرْضِ مُرٰغَمًا كَثِيْرًا وَّسَعَةً ۗوَمَنْ يَّخْرُجْ مِنْۢ بَيْتِهٖ مُهَاجِرًا اِلَى اللّٰهِ وَرَسُوْلِهٖ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ اَجْرُهٗ عَلَى اللّٰهِ ۗوَكَانَ اللّٰهُ غَفُوْرًا رَّحِيْمًا ࣖ

Siapa yang berhijrah di jalan Allah niscaya akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang banyak dan kelapangan (rezeki dan hidup). Siapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah karena Allah dan Rasul-Nya, kemudian meninggal (sebelum sampai ke tempat tujuan), sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(QS. An-Nisā'  [4]:100)

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah. Hari ini kita hidup dalam sebuah dunia yang sering menimbulkan pelbagai persoalan baru yang mengancam kedaulatan agama Islam dan keselamatan negara. Ancaman ini jika tidak ditangani dengan baik akan menimbulkan kemusnahan atas apa yang kita nikmati hari ini. Apa yang membimbangkan, terdapat kelompok tertentu yang berusaha melebarkan ideologi sesatnya untuk membangkitkan perasaan benci dan permusuhan.

Menyadari hakikat ini, langkah penting seperti pengukuhan sifat sebenar Islam perlu disampaikan kepada masyarakat melalui penjelasan yang berterusan terhadap fahaman-fahaman yang bertentangan dengan prinsip Maqasid Syariah. Secara tidak langsung, kita mendidik diri dengan penggayaan ilmu pengetahuan dalam memastikan kesucian Islam terpelihara serta mengekalkan perpaduan sesama kita.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah. Aspek akhlakulkarimah adalah sangat penting di dalam membina masa depan ummah. Namun, peredaran zaman telah memberi kesan kepada perubahan gaya hidup manusia termasuklah cara bertindak dan berfikir. Maka sepatutunya kita sama membangun kualiti diri agar menjadi benteng keutuhan iman.

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan, Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku, ia bertujuan untuk membentuk manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering berhadapan dengan kebaikan, kejahatan, dan berbagai ragam kehidupan.

Kita yakin, umat Islam yang berilmu serta terbangun rohaninya tidak mudah terpengaruh dengan anasir jahat. Mimbar bimbang, umat Islam yang lemah ilmu dan rohaninya akan menyebabkan kepincangan dalam pelbagai perkara seperti krisis akidah, akhlak, institusi keluarga dan masyarakat.

Marilah kita mengatur semula urusan kehidupan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh syarak demi kebaikan bersama. Hijrah memerlukan pengorbanan yang besar dari segi harta, masa dan tenaga. Apalah artinya hijrah tanpa pengorbanan kerana pengorbanan itu bukan untuk kepentingan diri dan orang lain, tetapi semata-mata untuk mendapat rahmat dan keredaan Allah subhanahu wata'ala.

Muslimin yang dirahmati Allah. Hidup memberi banyak pengajaran dan ujian kepada kita supaya sentiasa kuat, bersabar dan bersaing dalam menjadi yang terbaik. Kunci kepada kekuatan tersebut adalah disebabkan sikap kesederhanaan yang kita amalkan. Kesederhanaan yang dimaksudkan adalah keberanian dan menunjukkan kekuatan untuk menegakkan keamanan dan meletakkan kepentingan ummah sebagai keutamaan.

Justru, tuntutan perubahan pada hari ini bukan lagi sekadar perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, tetapi ianya adalah suatu tranformasi atau perubahan minda dan budaya hidup yang berteraskan ajaran Islam yang sebenar-benarnya.

Firman Allah subhanahu wata'ala dalam Qur'an surah al-Ankabut ayat 26:

۞ فَاٰمَنَ لَهٗ لُوْطٌۘ وَقَالَ اِنِّيْ مُهَاجِرٌ اِلٰى رَبِّيْ ۗاِنَّهٗ هُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ

Maka, Lut membenarkan (kenabian Ibrahim). Dia (Ibrahim) pun berkata, “Sesungguhnya aku berhijrah ke (tempat yang diperintahkan) Tuhanku. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

(QS. Al-‘Ankabūt [29]:26)


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru marilah kita samasama bertindak secara proaktif bagi memastikan masa depan ummah lebih cemerlang. Allah berfirman dalam al-Qur'an yang artinya : "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)" (QS. al-Zalzalah: 7 - 8).
 

Tags :

Related Posts: